Terbaik! Datuk Rahim Razali Dinobat Tokoh Seri Angkasa 2026, Siap Dapat Proton e.Mas7!

Memang power! Datuk Rahim Razali, legenda seni tanah air kita, dah pun dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Sabtu, 24 Oktober 2026.
Pada usia 87 tahun, bukan setakat trofi, Datuk Rahim Razali bawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pakej percutian, dana RM8,000 daripada CIMB Bank, dan yang paling mencuri tumpuan, sebuah kereta jenama Proton e.Mas7! Pergh, bukan main-main hadiah yang dapat,
Dengan pengalaman lebih enam dekad sebagai anak seni serba boleh – dari berlakon, mengarah, hingga ke pengulas sukan – pengiktirafan ini memang wajar diterima. Datuk Rahim Razali, yang juga dikenali sebagai sutradara dan pengulas sukan, berharap anugerah ini dapat menyuntik semangat kepada semua pengkarya seni tempatan untuk terus memartabatkan industri kreatif Malaysia.
Kata beliau, “Salam kegemilangn, syukur alhamdulillah. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi. Satu-satunya anugerah yang sangat saya hormati dan sanjungi, diberikan pula kepada saya. Saya rasa amat bertuah menerima anugerah ini selepas berpuluh tahun berkhidmat.” Memang terharu dengar kata-kata beliau, kan? Bayangkan, beliau pernah menghasilkan 10 filem, dan suara emasnya sebagai pengacara program sukan menemani peminat tanah air selama 41 tahun.
Sementara itu, Anugerah Khas Juri pula menjadi milik pencipta kandungan animasi, Khiu Siaw Fong. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM8,000, barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000, dan sebuah kereta Perodua QV-ERM. Anugerah ini diberikan atas karyanya, animasi ‘Kumang And The Ungrateful Phyton’ terbitan TVS.
