MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Shuib Hujani Nabil Ahmad Dengan Doa: “Sahabat Sejati Dunia Akhirat”

Pelawak dan usahawan Shuib berkongsi rasa terima kasihnya kepada sahabatnya, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad. Menurut Shuib, Nabil sentiasa berada di sisinya dalam apa jua keadaan, baik susah mahupun senang.

Menerusi perkongsian di Threads semalam, Shuib memuat naik tangkap layar panggilan video bersama Nabil dan isterinya. Pasangan itu kini sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Shuib menyifatkan Nabil sebagai seorang sahabat yang sentiasa setia menemaninya dalam perjalanan hidup sejak dulu hingga sekarang. Dia turut berterima kasih kepada Nabil dan isteri atas doa yang dititipkan buat dirinya dari Mekah.

Terima kasih Aji, dari dulu lagi sampailah sekarang sentiasa jadi sahabat yang ada di saat susah senang, suka dan duka. Terima kasih atas doa Aji dan isteri dari Mekah, tulis Shuib.

Dalam hantarannya itu, Shuib juga menitipkan doa agar segala urusan ibadah umrah Nabil sekeluarga dipermudahkan. Dia turut mendoakan agar Nabil dan keluarganya sentiasa diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci, serta dikurniakan keselamatan dunia dan akhirat.

Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga untuk umrah kali ini. Semoga Allah beri kesihatan pada keluarga Aji sepanjang mengerjakan umrah, selamat dunia dan akhirat, tambahnya. Memang betul la orang cakap, persahabatan sejati takkan pudar sampai bila-bila. Rasa macam kita pun tumpang happy je tengok Shuib dengan Nabil ni, kan?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.