MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Kesian Aali Mateen, Ramai Ingat Anak Kedua Ayda Jebat Ni Perempuan Sebab Gebu Sangat!

via Instagram @aydajebat

Ayda Jebat terpaksa tampil jelaskan salah faham ramai netizen yang anggap anak keduanya, Aali Mateen, adalah perempuan. Adoi, semua gara-gara muka Mateen yang gebu dan comel sangat tu! Memanglah, Mateen ni dah potong rambut pendek pun, tapi masih ada yang ingat dia ‘girl’ juga.

Menerusi hantaran di Threads pada Isnin, 26 Oktober, Ayda berkata dia sangka orang sudah tahu anaknya lelaki selepas rambutnya dipotong pendek, tetapi rupa-rupanya masih ada yang ingat dia perempuan. Ayda menegaskan Aali Mateen anak nombor dua dia, bukan Nayla dan bukan perempuan, cuma gebu dan comel. Dia siap puji balik netizen yang komen tu, "Comellah kakak-kakak yang komen ini."

Penyanyi dan pelakon tu turut berharap wargamaya tidak mempersoalkan tindakannya memotong rambut Mateen pendek, katanya menerusi hantaran di TikTok. Ya lah, dah nama pun gebu macam pau, siapa je tak geram kan?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.