MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Oksigen Pun Kau Claim?! Artis Malaysia Naik Angin Isu Jerebu Rentas Sempadan!

via Instagram @remyishak

Sejak Ogos lalu, kita semua terpaksa menghirup udara kelabu akibat jerebu rentas sempadan. Punca? Kebakaran hutan dan tanah kat Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Masalah ini turut menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian masyarakat, dan dianggap isu yang seakan-akan berulang.

Yang paling panas, bila Ketua Badan Komunikasi Kerajaan Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan, buat kenyataan yang didakwa “claim” oksigen kita. Katanya, hutan kat sana bukan saja hantar asap, tapi juga bekalkan oksigen kepada Malaysia dan Singapura. Lagi ‘power’ bila dia kata kebakaran tu fenomena alam, bukan salah manusia.

“Kita bukan hanya menghantar asap. Jika tiada asap, kita menghantar oksigen. Oksigen di Singapura dan Malaysia juga datang daripada hutan-hutan kami,” kata Syahganda Nainggolan.

Kenyataan itu mengundang reaksi sinis rakyat Malaysia yang mempersoalkan kewajaran mengungkit soal oksigen ketika masalah jerebu masih belum selesai, sedangkan Malaysia juga kaya dengan hutan hujan tropika.

Remy Ishak Tak Tahan Sabar

Salah seorang yang jarang campur tangan isu di media sosial, pelakon Datuk Remy Ishak, tiba-tiba ‘meletup’ di Threads. Dengan nada geram, dia persoalkan dakwaan tu: “Oksigen pun kau claim… Ya Allah.” Luahan ringkas itu cukup untuk menggambarkan rasa tidak puas hatinya.

Michael Ang Pula Menyindir Pedas

Tak ketinggalan, pengarah terkenal Michael Ang pun masuk gelanggang sindiran. Dengan gaya sinisnya yang memang kita kenal, dia sempat tanya pakar-pakar sains Malaysia sama ada betul ke oksigen kita datang dari hutan Indonesia. “Semua benda mahu pusing,” tulisnya di media sosial.

Stacy Anam Berapi-api

Penyanyi Stacy Anam pula tak berdiam diri bila ada netizen dari negara jiran membandingkan dia dengan penyanyi Agnez Mo dan mempersendakan asal-usulnya. Stacy menegaskan dirinya bangga dilahirkan di Sabah, Malaysia, selain menyelar tindakan pembakaran hutan yang merosakkan alam sekitar. “Asapnya sampai ke negara orang! Malu sedikit jadi orang,” tulis Stacy di Threads.

Sebenarnya, rakyat Malaysia dan selebriti kita bukan nak berdebat siapa lebih banyak oksigen atau siapa lebih hebat. Kita cuma nak tindakan berkesan untuk hentikan kebakaran dan elakkan krisis jerebu ni berulang. Jangan sampai rakyat terus dipaksa menghidu asap setiap kali tiba musim kemarau atau musim pembakaran secara sengaja.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.