NU Fest 2027 di Stadium Merdeka satukan muzik Malaysia-Indonesia

Persada muzik tanah air bakal digegarkan dengan NU Fest 2027, yang diumumkan akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Januari tahun hadapan.
Festival ini menghimpunkan selebriti pelbagai genre dan meraikan ikatan seni serumpun merentasi sempadan Malaysia dan Indonesia.
Antara artis yang memeriahkan pentas utama ialah The Changcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja dan Monosterio. Peminat juga disajikan penampilan istimewa daripada D_Va, Masdo dan kumpulan legenda Indonesia, Nidji.
Menurut wakil penganjur, COMs. Creative Studio, Zairul Addry Helmi, festival ini menampilkan artis yang merentasi pelbagai generasi dan kelompok peminat. “Setiap nama mempunyai karakter tersendiri, daripada rock, pop dan nostalgia sehinggalah muzik alternatif serta energy yang lebih segar,” katanya.
Pihak penganjur sasarkan 10,000 hingga 15,000 orang penonton dan berharap 70 ke 80 peratus tiket akan terjual.
Mengulas kekeliruan yang timbul antara Nidji dan The Changcuters dengan rakyat Indonesia dan Malaysia, penganjur menegaskan ia telah berakhir dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Zairul berharap muzik dapat menyatukan semula pergaduhan di media sosial antara kedua-dua negara.
