MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Nora Danish Terpinga-pinga Dapat Lamaran Jadi Madu daripada Wargamaya

via Instagram @noradanish._

Pelakon Nora Danish berkongsi paparan mesej peribadi di Instagram yang memperlihatkan seorang wargamaya ingin menjodohkan aktres itu dengan suaminya.

Dalam mesej yang dihantar, individu berkenaan berkata suaminya beriman dan sangat baik. Dia turut menyatakan sedang mencari jodoh kedua buat suaminya, dan berkata dia amat berbesar hati jika Nora sudi ta'aruf bersama suaminya.

Nora memberi reaksi dengan menyifatkan individu itu seorang isteri yang baik. Menerusi hantaran di Threads, dia turut mendoakan agar suami wanita itu setia dan menjaganya dengan penuh cinta hingga akhir hayat.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.