Nad Zainal Imbau Detik Kritikal di ICU, Terkejut Ungku Ismail Menangis?

Pelakon, Nad Zainal mengimbau kembali detik cemas ketika dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada sekitar tahun 2022. Ketika itu, Nad berdepan jangkitan kuman pada bahagian paru-paru yang menyebabkan keadaannya sangat kritikal.
Menerusi perkongsian di Threads, Nad Zainal mengaku dia pada mulanya tak percaya langsung apabila seorang jururawat beritahu suaminya, Ungku Ismail, sampai menangis melihat keadaannya. “Sewaktu saya sakit sekitar November hingga Disember 2022, saya duduk di HKL, dalam ICU agak lama sebelum transfer ke IPR. Satu hari, ada nurse datang cakap ‘Nad, Ungku nangis tau’. Saya hanya mampu senyum dan membalas ‘taklah’,” kongsi Nad, yang mana jururawat tersebut berkeras mengatakan ia benar.
Nad menjelaskan yang dia sukar mempercayai hal tersebut sebab Ungku Ismail seorang yang jarang sangat tunjuk emosi. Menurut Nad, Ungku Ismail juga tidak pernah meluahkan perasaan suka terhadapnya. “Dah sakit baru beria. Tau takut,” seloroh Nad, sambil menambah dia hanya betul-betul percaya bila dah keluar hospital, dan ramai yang kongsikan video temuramah Ungku Ismail ketika itu.
Sebelum ini, Ungku Ismail memang pernah maklumkan keadaan Nad sangat kritikal selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) HKL pada 2022. Nad turut alami pendarahan pada paru-paru sehingga perlu menjalani beberapa rawatan susulan.
