MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Meerqeen Mengaku "Dah Dua Tahun Kahwin"? Amelia Henderson Pun Terkedu Kena Prank!

via Instagram @meerqeen

Pelakon Meerqeen memang pandai buat orang saspen! Baru-baru ni, dia berjaya buat hos Amelia Henderson terkejut beruk bila mengaku dah kahwin dua tahun. Pengakuan tu keluar masa jadi tetamu dalam podcast 'Studio Sembang'.

"Awak tahu tak saya pernah kahwin? Sumpah, dua tahun (sudah berkahwin)," katanya, selamba je.

Tapi, jangan panik dulu! Tak sempat Amelia nak tanya lebih lanjut, Meerqeen terus pecah rahsia. Rupa-rupanya, "perkahwinan" yang dimaksudkan tu hanyalah lakonan dalam drama yang pernah dibintanginya. "Saya kahwin dalam drama," jelasnya, .

Gurauan spontan Meerqeen ni bukan saja buat Amelia melopong, tapi peminat dia kat media sosial pun sama naik terkejut. Ramai yang terhibur, siap ada yang bergurau kononnya pernah jejak majlis kahwin pelakon kacak ni. Memang power lah Meerqeen buat prank!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.