Malek Mccrone Diam-Diam Dah Nikah! Wanita Pilihan Dari Johor Sah Bergelar Isteri

Pelakon Malek Mccrone selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Tina, dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 9 Oktober lalu.
Majlis pernikahan itu diadakan secara sederhana dan intim, dengan kehadiran ahli keluarga serta teman rapat sahaja. Tina bukan daripada kalangan industri hiburan dan kini secara rasmi bergelar isteri kepada pelakon berkenaan.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pengurusnya, Stars Powerhouse Entertainment, majlis persandingan Malek dan Tina berlangsung pada 10 Oktober di lokasi yang sama. Malek memilih untuk mengekalkan privasi sepanjang majlis perkahwinannya dan tidak berkongsi banyak perincian mengenai hari bahagianya itu.
Dalam kenyataan itu, Malek dan Tina merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan tahniah serta doa buat mereka.
“Kami berharap agar perkahwinan ini sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan,” menurut kenyataan itu.
