Khairul Aming Pilih Ikan Bilis Setiu Untuk Sambal Baharu

Khairul Aming memilih ikan bilis dari Setiu, Terengganu sebagai bahan utama sambal terbaharunya, yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Menurutnya, pemilihan ikan bilis itu dibuat bagi menghasilkan sambal dengan cita rasa yang berbeza, selain menggunakan lebih banyak bahan berbanding Sambal Nyet Berapi.
Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook Rasapop, beliau berkata pasukannya turun sendiri ke Setiu untuk belajar mengenai ikan bilis. "Untuk belajar mengenai ikan bilis, kami turun ke Setiu, Terengganu bagi melihat sendiri proses nelayan tempatan turun ke laut," katanya.
Sepanjang enam tahun berniaga, pihak Khairul Aming hanya menghasilkan satu jenis sambal, iaitu Sambal Nyet Berapi. Versi baharu ini menandakan langkah pertama mereka dalam menghasilkan produk sambal yang lain.
