MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Fadlan Hazim Jadi Komando, Sampai 'Respect' Betul Dekat Abang-Abang Watan!

Fadlan Hazim memang tak main-main bila berlakon! Demi watak Sarjan Apot dalam filem aksi ketenteraan Takluk 2: Op Daulat, Fadlan sanggup jalani latihan 24 jam dengan anggota VAT 69 Komando.

Fadlan Hazim Anuwar, 34, cakap latihan intensif tu bagi dia gambaran jelas macam mana cabaran fizikal dan disiplin seorang komando. Paling mencabar, katanya, nak biasakan diri dengan kelengkapan tempur yang berat, macam topi keselamatan dan rompi perisai yang boleh cecah 10 kilogram! Belum kira lagi kena belajar kendali senjata dan teknik menembak.

“Kalau hendak dibandingkan dengan latihan sebenar mereka, saya anggarkan latihan yang saya lalui hanya sekitar 60 peratus. Itu pun sudah cukup mencabar dari segi kecergasan fizikal. Jadi saya memang respect (hormat) dengan anggota ini,” kata Fadlan.

Pengalaman ini buat Fadlan terbuka mata pasal ketahanan dan pengorbanan anggota keselamatan, terutama bila dia tengok sendiri diorang bertugas sampai 16 jam sehari waktu penggambaran. Kalau pelakon boleh rehat bila penat, anggota komando kena sentiasa bersedia. Dari situ, dia makin hargai pengorbanan diorang untuk negara. Untuk watak Sarjan Apot ni, Fadlan ambil inspirasi dari arwah datuknya sendiri yang pernah jadi sarjan tentera – tegas dalam tugas tapi lembut dengan keluarga.

Filem Takluk 2: Op Daulat, arahan Zulkarnain Azhar, ni diinspirasikan dari insiden pencerobohan Lahad Datu dan Operasi Daulat pada 2013. Ia sambungan dari filem Takluk: Lahad Datu yang keluar tahun 2024. Korang boleh tengok sendiri pengorbanan Fadlan ni bila Takluk 2: Op Daulat tayang kat pawagam pada 26 November nanti. Syafiq Kyle, Datuk Remy Ishak, Kamal Adli dan Sara Ali pun ada sekali tau. Agak-agak, Fadlan dah cukup komando ke belum?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.