DJ Kidd: Emma Maembong Punca Rezeki Saya

Di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, malam tadi, DJ Kidd atau nama sebenarnya Nur Irfan menyatakan penghargaannya terhadap pelakon Emma Maembong.
DJ Kidd mengakui pernah mempersoalkan sama ada Emma berasa malu menjalin hubungan dengannya, terutama ketika dirinya berdepan pandangan serong segelintir pihak. Katanya, Emma tidak memandang harta, sebaliknya lebih mementingkan hati budi dan sikap bertanggungjawab seseorang.
"Dia banyak memberikan rezeki kepada saya. Emma adalah punca rezeki saya. Dia banyak membantu dan menyokong saya," katanya sambil bergenang air mata.
DJ Kidd turut berkata akan menjaga hati Emma dan memberikan perhatian kepadanya.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, sebelum ini mengakui berkawan rapat dengan DJ Kidd. Hubungan mereka mula menjadi perhatian netizen sejak setahun lalu. Pada Mac lalu, DJ Kidd mendedahkan melalui media sosial bahawa dia tidak lagi bersama pelakon itu. Pada Jun lalu, pasangan itu kembali menjadi perhatian apabila foto mereka berdua-duaan tular di media sosial.
